Fikih Shalat Madzhab Syafii. Al Aziz Syarah Al Wajiz 2Jilid. Imam Ar-rafiii
- Rp 236.000 Rp 177.000
- Availability: In Stock
Al Aziz Syarah Al Wajiz 2Jilid.
Fikih Shalat Madzhab Syafii.
Penulis : Imam Ar-rafii
Kitab Al-Aziz Syarh Al-Wajiz atau Asy-Syarh Al-Kabir ini adalah merupakan antara barisan kitab-kitab besar dan menjadi rujukan utama dalam kalangan mazhab Asy-Syafii. Kitab ini adalah susunan, syarah (huraian) dan karya terkenal dari imam ar-Rafii rahimahullah (Wafat: 623H).
Kitab Al-Wajiz fii Fiqh Mazhab Al-Imam asy-Syafii ini asalnya adalah karya Imam al-Ghazali yang membukukan dan menyimpulkan pendapat-pendapat (atau matan-matan ringkas) fiqh mazhab asy-Syafii. Kemudian tampil Imam ar-Rafii yang menghurai, menjelas, dan mensyarahkan matan-matan atau teks kesimpulan tersebut ke dalam kitab khas yang besar dengan judul Al-Aziz Syarah Al-Wajiz.
Oleh itu kita akan lihat melalui kitab ini, penyusun akan mengemukakan teks Imam al-Ghazali tentang fiqh-fiqh dalam mazhab Asy-Syafii, lalu kemudian imam ar-Rafii pun menghurai dan menjelaskannya secara terperinci hujah dan dalil-dalil yang melatar-belakangi teks kesimpulan yang menjadi pegangan mazhab Imam asy-Syafii yang disimpulkan oleh Imam al-Ghazali tersebut. Selain itu penulis juga turut mengemukakan sekiranya terdapat perbezaan pendapat terhadap satu-satu bab fiqh, kemudian penulis menjelaskan pendapat yang kuat dan menjadi pegangan dalam kalangan mazhab asy-Syafii.
Buku ini turut dilengkapi dengan tahqiq dan semakkan oleh Ali Muhammad Muawwadh dan Adil Ahmad Abdul Maujud. Nota kaki atau catatan kaki disertakan oleh pentahqiq bagi membantu dan memudahkan para pembaca dalam membuat semakkan dan rujukan lanjutan.
Kitab ini adalah kitab yang besar dan tebal berjilid-jilid merangkumi pelbagai bab-bab penting perbahasan fiqh mazhab asy-Syafii, namun bagi edisi terjemahannya ini, pihak penterjemah atau penebit hanya berkenan menerbitkan jilid yang terkait dengan perbahasan bab solat. Maka siaplah dua jilid lengkap dengan diberi judul bagi edisi terjemahan ini sebagai Fikih Shalat Madzhab Syafii.